Sunday 17 November 2013

Hasil Karya Sebagai Satu Permulaan

[ 1 ] Karya ini buat Pasangan Pengantin


[ 2 ] Karya Untuk Kenangan Tema : "Tika Kau Berjauhan"






Sunday 17 June 2012


PENGHARAPAN DOA KASIH

Oleh :Sinar Qalbi 21/4/2012

Alhamdulillah lafaz itu aku panjatkan kepada Pemberi nikmat di atas nikmat hujan yang dilimpahkan pada hamparan bumi di petang yang penuh barakah. Udara panas bersilih ganti dengan kesejukan yang mendinginkan insan yang berada disekitarnya. Tatkala itu sinaran sang mentari sudah menghilangkan pancarannya. Adakah malam ini akan diindahkan dengan pancaran bulan purnama??? Itulah aturan alam yang sangat indah jika direnungkan. Kadangkala kita tidak sedari disebalik hikmah aturan ini dalam kelekaan duniawi. Maka pengharapan kepada Pemilik kasih sayang terus dipanjatkan.
Ya Allah Ya Rahman.....
Iman mohon dikukuhkan
Iman mohon diteguhkan
Pada segumpal darah yang bergelar hati
Semoga tetap pasak sehingga disemadi
KeredhaanMU menjadi rebutan
Al-Jannah menjadi  impian

Rutin harianku bermula dengan iringan ketukan beduk pagi yang mengajak manusia menunaikan kewajipan kepada Pencipta Alam dan seruan menyeru semua makhluk menuju kejayaan sehingga diakhiri sepinya keriuhan jiran tetangga. Apabila sinar mentari mula melambaikan pancarannya, aku mula tersenyum untuk menyambut kehadiran sang purnama bersama harapanku dalam meneruskan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dalam mendidik anak-anak bangsaku dalam mencintai bahasa syurga. Wajarkah aku mengeluh kepenatan setelah seharian mengabiskan masa dalam melakukan tugasan di fakulti dari pagi sehingga petang?
“ saya mohon tolong ajarkan anak saya bahasa Arab boleh?” soal seorang ayah.
Bagiku jawapan untuk aku terus mengeluh adalah tidak wajar, ini kerana mendidik itu perlu diteruskan. Bagiku kegelapan malam bukanlah halangan bagiku untuk meredahi demi anak-anak didikku. Hal ini kerana ilmu itu ada cahaya yang akan menyinari kegelapan itu. Pengharapan terus dipanjatkan kepada pengatur alam Yang Maha Berkuasa.
Ya Allah Ya Rahim
Kedaifan hambaMU dalam
Mencari cahaya imanMu
Mohon kekuatan untuk terus berjuang
Berjuang mencari nur imanMU,
Berjuang menampung kedaifan diri,
Berjuang mengejar syurga abadi,
Keberkatan dan keredhaanMU
Terus aku harapkan
Semoga Iman dan Islam
Tidak luntur dan goyah
Ditelan duniawi..
Bagi yang bergelar seorang guru, kita bukan sahaja di amanahkan untuk mengajar bahkan secara langsung kita mendidik. Anggaplah ia bukanlah satu beban kerana itu merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan tatkala kita telah melakarkan perjanjian untuk menerima amanah itu.
“ustazah saya dah minat nak belajar bahasa syurga, seronok la” luah Firhath.
Melihat dan mendengar luahan anak-anak didik membuatkan seorang yang bergelar pendidik bersemangat untuk menggalas amanah ini. Hal ini bukanlah untuk dibanggakan tetapi anggaplah sebagai vitamin tambahan untuk memberi kekuatan pada diri bahawa perjuangan dalam mendidik harus diteruskan demi memberi sinar ilmu kepada mereka. Ini bukanlah suatu perkara yang perlu dirisaukan kerugiaannya.
Berkata Imam Ibnu Rejab Al-Hanbali rahimahullah,
“Adalah kemurahan hati Rasulullah s.a.w merangkumi semua disiplinnya, daripada mencurahkan ilmu dan memberikan harta, mengorbankan diri Baginda s.a.w sendiri di jalan Allah demi untuk menegakkan syiar agama dan agar umat mendapat hidayah. Baginda s.a.w juga sentiasa berusaha untuk memberi manfaat kepada manusia lain dengan apa jua cara. Dengan memberi makan kepada yang lapar, memberi nasihat kepada mereka yang tidak tahu, menunaikan hajat mereka yang memerlukannya, dan berkongsi bebanan dengan mereka”.       
Apakah pembalasan daripada  insan yang kita harapkan setelah  apa yang telah kita lakukan? Jika itu yang pernah dan masih kita harapkan maka disaat lakaran ini dilakarkan dan disaat lakaran ini dibaca, gugurkanlah ia dari senarai angan-angan biarlah ia pergi bersama tiupan angin yang akan membawanya pergi jauh dari pandangan dan fikiran kita. Biarlah pembalasan dan penghitungan itu kita serahkan pada Pemberi balasan. Itulah yang selayaknya menilai apa yang telah kita lakukan. Percayalah kita akan sesuatu perkara yang kita laksanakan itu adalah perkara yang sangat kita cintai dan meletakkan diri dalam kerelaan demi menggapai sebuah keredhaan dan keberkatanNYA. Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Seperti firman Allah S.W.T di dalam al-Quran, terjemahan surah al- Yunus [10] : 61
“Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)”.
Bersamalah kita merenung dan berfikir dengan mukjizat kalam Allah s.w.t yang menjadi pegangan dan panduan buat kita.
Dari Hadzrat Anas r.a. berkata: Aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda;
“Pada hari kiamat nanti aku akan dibenarkan untuk memberi syafaat kepada umatku, aku akan berkata: Wahai Tuhanku! masukkanlah ke dalam syurga setiap orang yang di dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi. (Maka Allah S.W.T. menerima syafaatku) maka orang-orang tersebut akan memasuki syurga. Kemudian aku berkata lagi: Wahai Allah S.W.T. masukkanlah ke dalam syurga bagi orang yang di dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar zarah.”                                                                                                                               
            Wahai pendidik dan bakal pendidik  khususnya diluar sana dan masyarakat amnya, marilah kita bermuhasabah bersama adakah selama ini kita hanya mengajar dan terlupa untuk mengajak bersama istilah “didik” itu untuk sama-sama seiringan dengan kerjaya kita.
“ustazah saya tengok dia enjoy belajar dan makin berminat” kata Encik Zulkifli.
“encik semua ini dari Allah, saya hanya mampu membantunya”..balasku.
Pesanan ini adalah pengharapan dan perkongsian penulis yang kerdil ini untuk mengajak sahabat dan masyarakat seperjuangan sentiasa bermuhasabah dalam medan ilmu ini. Semoga pengharapan kemuncak doa kasih  ini berterusan dalam menyebarkan ilmu yang walaupun sekadar melalui lakaran pena. 
* Wasalam*
School_Clip_Art_162
"Rehlah Ukhwah Fillah"


Tempat : Air Terjun Batu Asah ,Kemensah
Tarikh : 16 Jun 2012
Hari : Sabtu


Alhamdulillah...perancangan demi perancangan sebelum program dipermudahkan Allah untuk melaksanakan. semua sahabat-sahabat sangat sempoilah....hehe menghilangkan tekanan dari persekitaran kononnya...hehe bila dapat makan berjemaah nie seronok dan bersyukur....


inilah permulaan rehlah kami...

sedang menunggu ketibaan sahabat yang lain

"idea from sweet Farah Hanan"

ini la pengarah program rehlah...Syafiq

Balkis dan Zaidah menyediakan "pencuci mulut"

macam-macam ragam dalam penyediaan untuk "makanan yang akan dijamah"..hehe

 kesungguhan untuk menyalakan arang...wah Syafiq guna kuasa apa tue?hehe

ayam terbakor???...baru power kan...amboi sepasang suami isteri yang romantik gitu...forever happy..

ini bukan geng titanic...tp geng "titina"....

Masing-masing sudah penat bermain air...dan sangat berpuas hati dengan terlaksananya "Rehlah Ukhwah Fillah" ini...semoga ada banyak lagi program yang bakal menyusul....

"terbaiklah!!!!"

Cadangan : Pasni wat program amal jelajah Bahasa Arab lak....hehe

Tuesday 24 April 2012

Alhamdulillah seronok melihat pelbagai aktiviti ilmu yang dilimpahi mutiara ilmu serta mengharap keberkatanNYA.


Bagi yang berpeluang marilah kita menghadiri majlis ilmu ini :



Monday 23 April 2012


Pengembaraan Mencari Sinar Harapan
Bab 3
'aduh letihnya hari nie' sungut aku sebelum tidur. Macam biasa,sebelum tidur aku suka mencatat-catat sikit dalam diari aku. Aku mesti mencoret kisah hitam aku kat library tadi, ye la first time kejadian tue berlaku dekat library, sebelum nie mana pernah. Nak buat macam mana dah takdir, aku terima je walaupun tidak berapa berat. Mungkin ada faedahnya,supaya aku lebih berhati-hati. Sebelum aku tutup diari, baru aku perasan gambar yang aku letak dalam diari aku dah takde. Tapi sebelum aku pergi library pagi tadi, ada lagi. Ya Allah, jangan-jangan tercicir waktu kejadian tue pulak. Mintak-mintak bukanla..... dah la kat belakang gambar aku tue ada alamat ngan no h/p aku. Gambar tue aku tak sempat nak beri kepada member aku Nadia sebelum aku balik sini.
                Macam biasa,pagi tue, aku siap awal untuk pergi library. Aku takut orang lain jumpa gambar aku yang tercicir tue. Nak menangis aku cari gambar tue..tapi tak jumpa jugak. Aku pergi dekat kaunter pertanyaan situ, aku tanya akak yang pakai baju kurung bunga besar tue....'akak ada jumpa tak sekeping gambar kat rak belakang tue? ' -tanya aku “akak tak perasan la pulak adik,cuba adik cari sekali lagi mana tahu ada kat bawah rak tue”kata akak tue.'terima kasih kak' balas aku. Aku terus dengan pencarian aku,dah macam penyiasat la pulak. Tunduk punya tunduk aku cari gambar.......amboi lelah jugak dah la banyak rak kat situ. “awak cari gambar ke? “ aku rasa macam nak menjerit syukur je ada orang memahami apa yang aku cari dari tadi. “ye saya cari gambar say.....a” masya-Allah mamat semalam rupanya. Tiba-tiba je aku jadi gugup. Tanpa buang masa aku terus je tanya mamat tue, ada nampak tak gambar aku. “gambar awak ada dengan saya” Ya Allah akhirnya aku jumpa jugak gambar yang aku cari. Tapi yang jadi masalahnya mamat tue cakap dia tertinggal gambar aku waktu dia nak datang sini. Aduhhh tak selesai jugak kerja aku. Tengok gaya mamat nie macam kerja pejabat, alah lantak dia la. Yang penting aku nak balik gambar aku.
                “siapa nama awak?” dia tanya nama aku.
                Spontan je aku jawab “azira”.
 Buat ape dia tanya aku, mesti dia dah tahu nama aku,c0z aku ada tulis nama kat belakang gambar tue.              
  “maaf bukan niat saya nak ambil gambar awak,cuma tak sempat nak kembalikan semalam” jelas mamat tue kat aku.
                “takpe” ringkas je aku jawab.
Baik juga mamat nie, siap mintak maaf ngan aku. Eeeeh mana adil dia je tahu nama aku.... tapi aku dah nampak nama dia kat name tag yang dia pakai. Tapi biasa la orang cakap budi bahasa budaya kita.....
                “maaf, siapa nama awak?” tanya aku.
                “nama saya imran”. Oooohh nama dia Imran.  
                “awak nie study lagi ke?” tanya Imran kat aku......
                “emmm saya baru je abis study cuma nak tunggu konvo” lancar pulak aku berborak ngan dia. “imran dah kerja ek?”soal aku...
                 “ya, saya dah bekerja kat Lembaga Tabung Haji Jln Telok Wanjah...”
                “eehh maaf, En. Imran la nie”aku perbetul panggilan aku tadi.
 Dia terus je potong ayat aku.....
                 “takpe panggil je saya Imran cukup, tak payah la ikut pangkat pulak bukannya ada apa dengan             pangkat tue”
betul jugak kata Imran tadi, takde apa dengan pangkat yang penting kita perlu bersyukur kepada Allah di atas limpahan rezeki yang diberikan.
                Mula la detik perkenalan aku dengan mamat yang bernama Imran, yang mana aku tak pernah kenal dia sebelum nie...... bertambah la kenalan aku.....


Saturday 21 April 2012

Pengembaraan Mencari Sinar Harapan
Bab 2

Alhamdulillah, akhirnya aku selamat sampai untuk menjejak semula tanah airku.............maka bermulalah al-kisah aku sebagai penganggur terhormat dan bertauliah. “kringgggggggggg” aduh bisingnya telefon bimbit aku nie, nak tidur pun tak senang. Aku terkejut ingatkan ada orang telefon, rupa-rupanya aku set jam dah pukul 6.00 pagi la. Emak dan abah aku dah bangun solat subuh. Aku cepat-cepat bangun untuk bersihkan diri dan mengambil wudhuk untuk solat subuh. Tapiiiii mata aku nie dah macam ada ketul batu, berat sangat nak angkat, tapi perkara wajib kena utamakan dulu. Nikmat yang Allah berikan kepadaku hendaklah aku mensyukuri.
 Rutin aku selepas semua kerja rumah siap aku suka pergi ke awam. Itu la tempat lepak kedua aku selepas rumah. Aku suka mencari benda yang baru dan mempunyai kreativiti. Lagipun kat rumah aku mana ada siapa. Adik-adik aku bersekolah asrama penuh, mak dan abah aku kerja. So, tinggal aku sorang-sorang je kat rumah, bosan betul baik aku lepak kat perpustakaan, ada jugak faedahnya. Tapi aku tak pergi hari-hari, nampak sangat aku bohong. Hari cuti aku off la, sebab library tutup.
      10.00 pagi..... Tepat aku datang pada waktunya,tapi ramai jugak yang datang lebih awal dari aku. Bagus-bagus kerana  ramai yang mencintai ilmu. Aku suka datang  sini kerana dalam library orang tidak boleh buat bising. Semuanya baca buku dengan sopan santun je aku tengok, kalau nak cakap pun macam orang main bisik-bisik, kelakar la pulak.
                First rak buku yang aku pergi ialah bahagian surat khabar lepas itu majalah. Biasa la awal-awal nak kena tahu dulu apa perkembangan semasa, kalau tidak mana boleh panggil 'penganggur terhormat'. Sudah puas aku kutip semua info itu, aku mencari meja yang strategik untuk aku memulakan pengembaraan sebagai seorang pembaca. Aku mula mencari buku-buku yang tertarik di hati untuk aku baca. Boleh tahan banyak jugak buku yang aku ambil.....
                haiii bagus jugak aku ni jenis rajin membaca.....puji diri sendiri la aku ni, perasan sekejap.tapi ada perkara yang membuatkan aku menjadi seorang yang pemalu sangat-sangat......aku tak akan lupa kejadian tu............
 Al-kisahnya macam nie........waktu aku sibuk-sibuk mencari buku untuk dibaca, tak sedar pulak aku silap tarik buku yang hampir hujung rak, sebab buku tu tebal dan berat sangat. Mana aku larat nak sambut buku tu nak jatuh...masa tue kat tangan aku nie ada diari dan buku-buku yang aku ambil awal tadi. Tiba-tiba je ada seorang mamat itu datang sambut buku yang nak jatuh tadi. Tapi buku kat tangan aku nie pulak yang jatuhnya. Ye la terkejut kat mamat ni la, tiba-tiba je muncul ntah datang dari planet mana. Habis berselerak buku yang aku pegang tadi. Ya Allah malu sangat kat mamat tu. Dia senyum je kat aku....muka aku dah bertukar warna, merah padam je rasa macam tebal empat inci. Cepat-cepat aku kutip buku yang berselerak tadi dan terus beredar dari situ.  Nasib la waktu buku jatuh tue dekat rak belakang terlindung ngan rak-rak buku lain. Eeeeii kalau terjadi kat rak depan sekali, aku rasa hari nie hari terakhir aku datang library nie,malu-maluuuuuuu.
 Aku terus je tukar tempat, dah tak jadi duduk dekat meja tadi kerana meja aku bertentangan dengan meja budak mamat tadi tue. Bukannya apa , aku malu kat dia pasal hal tadi. Aku pindah naik tingkat atas, takde la ramai sangat kat atas.
Dah puas aku membaca,aku beredar dari library tu. Sebelum balik aku pergi minum dulu. Ya Allah terserempak lagi dengan mamat tue. Aku cepat-cepat berjalan, dan selepas selesai sahaja aku terus balik rumah. Tapi waktu terserempak dengan mamat tadi macam dia macam nak cakap sesuatu je ngan aku. Tapi kejadian tadi masih panas lagi. Jangan-jangan mamat tue nak perli aku tak. Lantak dia la....aku bukannya kacau dia pun,kalau susahkan dia tadi aku mintak maaf dari jauh la...aku takut jugak ntah dari dari planet mana, bukannya apa aku nie kan perempuan kena hati-hati sikit.



Pengembaraan Mencari Sinar Harapan
Bab 1

Saat yang aku tunggu telah tiba, akhirnya selesai juga aku menghabiskan lapan semester  iaitu tahun akhir aku di universiti. Siapa yang tak seronok kan, bukan niat aku tidak mahu belajar. Akhirnya aku akan bergelar seorang graduan. Tidak sabar aku nak praktikkan apa yang aku dapat sepanjang tempoh aku belajar di sini. Tapi bila diingatkan semula memang sedih sangat kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan aku seperjuangan. Sekarang ini aku cuma tunggu saat dimana siswa dan siswi akan naik ke pentas untuk menerima anugerah, senangnya konvo la. Barang-barang aku semuanya dah aku kemaskan. Cuma yang tinggal hanya bilik kosong tetapi penuh dengan kenangan pahit dan manis aku di sini.Sementara menunggu hari kemenangan,alamatnya jadi penganggur la aku di rumah. Jadi anak mithali orang cakap.
                Jenis aku tak boleh kalau duduk saja, aku ni boleh dikatakan ulat buku jugak, waktu di universiti dulu kalau ada saja masa lapang atau senggang aku suka lepak-lepak kat perpustakaan. Kalau kawan-kawan nak cari aku alamatnya kat situ la. Kawan-kawan aku  dah memang faham tabiat aku ni.
......................................................................................................................................................................
                “Yasmin nak minta maaf kalau ada salah silap,halal semuanya,kalau ada rezeki kita jumpa lagi” kata Yasmin padaku. Lagi bertambah sedihnya, Yasmin ni roomate aku. Orang cakap susah senang aku banyak cerita kat dia, sama-sama kami kongsi. Mula la butir-butir mutiara jatuh berguguran di pipi aku ni. Petang itu aku bersalaman dengan kawan-kawan seperjuangan aku kerana malam ini aku sudah hendak bertolak balik ke kampung. Member-member aku yang asal sini family diaorang datang ambil. Aku ni boleh dikatakan anak perantau la.Balik sendiri ke kampung halaman datang sendiri ke kampus, berdikari la katakan.
                Lengohnya tangan aku mengangkat barang dan beg pakaian aku. Ye la dah nak tinggalkan negeri tempat aku menuntut ilmu selama 4 tahun. Dalam kesibukan orang yang begitu berlumba-lumba hendak balik kampung, ada orang yang sama sibuk nak balik dengan aku. Hai pening kepala aku....
Haa..... bayang tayar bas yang aku nak naik kejap lagi dah nampak dah, fuhhh..... tak sabar aku nak naik....BAS ATIEZA. Syarikat bas yang agak popular la kalau budak kampus aku nak balik Kedah. Lambaian pokok padi yang menghijau kat sawah belakang umah atok aku dah terbayang-bayang, tak sabar nak tunggu aku balik.
                Dengan lafaz nama Allah, aku melangkah menaiki tangga bas yang aku tunggu, dalam samar-samar cahaya lampu aku mencari tempat dimana aku akan berlabuh untuk melepaskan lelah. AT 12 dah jumpa tempat aku. Alamak kena duduk sebelah mamat mana pulak nie, hai bengang betul la aku. Apasal pulak mamat tu tersenyum-senyum kat aku,mengigau ke??? takut aku..... hai alamatnya kena berhati-hati la aku nie... Ya Allah selamatkan lah hambaMu ini daripada mara bahaya. Panjang aku berdoa malam tue.Aminnnnnnnnnn