Sunday 17 June 2012


PENGHARAPAN DOA KASIH

Oleh :Sinar Qalbi 21/4/2012

Alhamdulillah lafaz itu aku panjatkan kepada Pemberi nikmat di atas nikmat hujan yang dilimpahkan pada hamparan bumi di petang yang penuh barakah. Udara panas bersilih ganti dengan kesejukan yang mendinginkan insan yang berada disekitarnya. Tatkala itu sinaran sang mentari sudah menghilangkan pancarannya. Adakah malam ini akan diindahkan dengan pancaran bulan purnama??? Itulah aturan alam yang sangat indah jika direnungkan. Kadangkala kita tidak sedari disebalik hikmah aturan ini dalam kelekaan duniawi. Maka pengharapan kepada Pemilik kasih sayang terus dipanjatkan.
Ya Allah Ya Rahman.....
Iman mohon dikukuhkan
Iman mohon diteguhkan
Pada segumpal darah yang bergelar hati
Semoga tetap pasak sehingga disemadi
KeredhaanMU menjadi rebutan
Al-Jannah menjadi  impian

Rutin harianku bermula dengan iringan ketukan beduk pagi yang mengajak manusia menunaikan kewajipan kepada Pencipta Alam dan seruan menyeru semua makhluk menuju kejayaan sehingga diakhiri sepinya keriuhan jiran tetangga. Apabila sinar mentari mula melambaikan pancarannya, aku mula tersenyum untuk menyambut kehadiran sang purnama bersama harapanku dalam meneruskan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dalam mendidik anak-anak bangsaku dalam mencintai bahasa syurga. Wajarkah aku mengeluh kepenatan setelah seharian mengabiskan masa dalam melakukan tugasan di fakulti dari pagi sehingga petang?
“ saya mohon tolong ajarkan anak saya bahasa Arab boleh?” soal seorang ayah.
Bagiku jawapan untuk aku terus mengeluh adalah tidak wajar, ini kerana mendidik itu perlu diteruskan. Bagiku kegelapan malam bukanlah halangan bagiku untuk meredahi demi anak-anak didikku. Hal ini kerana ilmu itu ada cahaya yang akan menyinari kegelapan itu. Pengharapan terus dipanjatkan kepada pengatur alam Yang Maha Berkuasa.
Ya Allah Ya Rahim
Kedaifan hambaMU dalam
Mencari cahaya imanMu
Mohon kekuatan untuk terus berjuang
Berjuang mencari nur imanMU,
Berjuang menampung kedaifan diri,
Berjuang mengejar syurga abadi,
Keberkatan dan keredhaanMU
Terus aku harapkan
Semoga Iman dan Islam
Tidak luntur dan goyah
Ditelan duniawi..
Bagi yang bergelar seorang guru, kita bukan sahaja di amanahkan untuk mengajar bahkan secara langsung kita mendidik. Anggaplah ia bukanlah satu beban kerana itu merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan tatkala kita telah melakarkan perjanjian untuk menerima amanah itu.
“ustazah saya dah minat nak belajar bahasa syurga, seronok la” luah Firhath.
Melihat dan mendengar luahan anak-anak didik membuatkan seorang yang bergelar pendidik bersemangat untuk menggalas amanah ini. Hal ini bukanlah untuk dibanggakan tetapi anggaplah sebagai vitamin tambahan untuk memberi kekuatan pada diri bahawa perjuangan dalam mendidik harus diteruskan demi memberi sinar ilmu kepada mereka. Ini bukanlah suatu perkara yang perlu dirisaukan kerugiaannya.
Berkata Imam Ibnu Rejab Al-Hanbali rahimahullah,
“Adalah kemurahan hati Rasulullah s.a.w merangkumi semua disiplinnya, daripada mencurahkan ilmu dan memberikan harta, mengorbankan diri Baginda s.a.w sendiri di jalan Allah demi untuk menegakkan syiar agama dan agar umat mendapat hidayah. Baginda s.a.w juga sentiasa berusaha untuk memberi manfaat kepada manusia lain dengan apa jua cara. Dengan memberi makan kepada yang lapar, memberi nasihat kepada mereka yang tidak tahu, menunaikan hajat mereka yang memerlukannya, dan berkongsi bebanan dengan mereka”.       
Apakah pembalasan daripada  insan yang kita harapkan setelah  apa yang telah kita lakukan? Jika itu yang pernah dan masih kita harapkan maka disaat lakaran ini dilakarkan dan disaat lakaran ini dibaca, gugurkanlah ia dari senarai angan-angan biarlah ia pergi bersama tiupan angin yang akan membawanya pergi jauh dari pandangan dan fikiran kita. Biarlah pembalasan dan penghitungan itu kita serahkan pada Pemberi balasan. Itulah yang selayaknya menilai apa yang telah kita lakukan. Percayalah kita akan sesuatu perkara yang kita laksanakan itu adalah perkara yang sangat kita cintai dan meletakkan diri dalam kerelaan demi menggapai sebuah keredhaan dan keberkatanNYA. Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Seperti firman Allah S.W.T di dalam al-Quran, terjemahan surah al- Yunus [10] : 61
“Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)”.
Bersamalah kita merenung dan berfikir dengan mukjizat kalam Allah s.w.t yang menjadi pegangan dan panduan buat kita.
Dari Hadzrat Anas r.a. berkata: Aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda;
“Pada hari kiamat nanti aku akan dibenarkan untuk memberi syafaat kepada umatku, aku akan berkata: Wahai Tuhanku! masukkanlah ke dalam syurga setiap orang yang di dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi. (Maka Allah S.W.T. menerima syafaatku) maka orang-orang tersebut akan memasuki syurga. Kemudian aku berkata lagi: Wahai Allah S.W.T. masukkanlah ke dalam syurga bagi orang yang di dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar zarah.”                                                                                                                               
            Wahai pendidik dan bakal pendidik  khususnya diluar sana dan masyarakat amnya, marilah kita bermuhasabah bersama adakah selama ini kita hanya mengajar dan terlupa untuk mengajak bersama istilah “didik” itu untuk sama-sama seiringan dengan kerjaya kita.
“ustazah saya tengok dia enjoy belajar dan makin berminat” kata Encik Zulkifli.
“encik semua ini dari Allah, saya hanya mampu membantunya”..balasku.
Pesanan ini adalah pengharapan dan perkongsian penulis yang kerdil ini untuk mengajak sahabat dan masyarakat seperjuangan sentiasa bermuhasabah dalam medan ilmu ini. Semoga pengharapan kemuncak doa kasih  ini berterusan dalam menyebarkan ilmu yang walaupun sekadar melalui lakaran pena. 
* Wasalam*
School_Clip_Art_162
"Rehlah Ukhwah Fillah"


Tempat : Air Terjun Batu Asah ,Kemensah
Tarikh : 16 Jun 2012
Hari : Sabtu


Alhamdulillah...perancangan demi perancangan sebelum program dipermudahkan Allah untuk melaksanakan. semua sahabat-sahabat sangat sempoilah....hehe menghilangkan tekanan dari persekitaran kononnya...hehe bila dapat makan berjemaah nie seronok dan bersyukur....


inilah permulaan rehlah kami...

sedang menunggu ketibaan sahabat yang lain

"idea from sweet Farah Hanan"

ini la pengarah program rehlah...Syafiq

Balkis dan Zaidah menyediakan "pencuci mulut"

macam-macam ragam dalam penyediaan untuk "makanan yang akan dijamah"..hehe

 kesungguhan untuk menyalakan arang...wah Syafiq guna kuasa apa tue?hehe

ayam terbakor???...baru power kan...amboi sepasang suami isteri yang romantik gitu...forever happy..

ini bukan geng titanic...tp geng "titina"....

Masing-masing sudah penat bermain air...dan sangat berpuas hati dengan terlaksananya "Rehlah Ukhwah Fillah" ini...semoga ada banyak lagi program yang bakal menyusul....

"terbaiklah!!!!"

Cadangan : Pasni wat program amal jelajah Bahasa Arab lak....hehe