Tuesday 24 April 2012

Alhamdulillah seronok melihat pelbagai aktiviti ilmu yang dilimpahi mutiara ilmu serta mengharap keberkatanNYA.


Bagi yang berpeluang marilah kita menghadiri majlis ilmu ini :



Monday 23 April 2012


Pengembaraan Mencari Sinar Harapan
Bab 3
'aduh letihnya hari nie' sungut aku sebelum tidur. Macam biasa,sebelum tidur aku suka mencatat-catat sikit dalam diari aku. Aku mesti mencoret kisah hitam aku kat library tadi, ye la first time kejadian tue berlaku dekat library, sebelum nie mana pernah. Nak buat macam mana dah takdir, aku terima je walaupun tidak berapa berat. Mungkin ada faedahnya,supaya aku lebih berhati-hati. Sebelum aku tutup diari, baru aku perasan gambar yang aku letak dalam diari aku dah takde. Tapi sebelum aku pergi library pagi tadi, ada lagi. Ya Allah, jangan-jangan tercicir waktu kejadian tue pulak. Mintak-mintak bukanla..... dah la kat belakang gambar aku tue ada alamat ngan no h/p aku. Gambar tue aku tak sempat nak beri kepada member aku Nadia sebelum aku balik sini.
                Macam biasa,pagi tue, aku siap awal untuk pergi library. Aku takut orang lain jumpa gambar aku yang tercicir tue. Nak menangis aku cari gambar tue..tapi tak jumpa jugak. Aku pergi dekat kaunter pertanyaan situ, aku tanya akak yang pakai baju kurung bunga besar tue....'akak ada jumpa tak sekeping gambar kat rak belakang tue? ' -tanya aku “akak tak perasan la pulak adik,cuba adik cari sekali lagi mana tahu ada kat bawah rak tue”kata akak tue.'terima kasih kak' balas aku. Aku terus dengan pencarian aku,dah macam penyiasat la pulak. Tunduk punya tunduk aku cari gambar.......amboi lelah jugak dah la banyak rak kat situ. “awak cari gambar ke? “ aku rasa macam nak menjerit syukur je ada orang memahami apa yang aku cari dari tadi. “ye saya cari gambar say.....a” masya-Allah mamat semalam rupanya. Tiba-tiba je aku jadi gugup. Tanpa buang masa aku terus je tanya mamat tue, ada nampak tak gambar aku. “gambar awak ada dengan saya” Ya Allah akhirnya aku jumpa jugak gambar yang aku cari. Tapi yang jadi masalahnya mamat tue cakap dia tertinggal gambar aku waktu dia nak datang sini. Aduhhh tak selesai jugak kerja aku. Tengok gaya mamat nie macam kerja pejabat, alah lantak dia la. Yang penting aku nak balik gambar aku.
                “siapa nama awak?” dia tanya nama aku.
                Spontan je aku jawab “azira”.
 Buat ape dia tanya aku, mesti dia dah tahu nama aku,c0z aku ada tulis nama kat belakang gambar tue.              
  “maaf bukan niat saya nak ambil gambar awak,cuma tak sempat nak kembalikan semalam” jelas mamat tue kat aku.
                “takpe” ringkas je aku jawab.
Baik juga mamat nie, siap mintak maaf ngan aku. Eeeeh mana adil dia je tahu nama aku.... tapi aku dah nampak nama dia kat name tag yang dia pakai. Tapi biasa la orang cakap budi bahasa budaya kita.....
                “maaf, siapa nama awak?” tanya aku.
                “nama saya imran”. Oooohh nama dia Imran.  
                “awak nie study lagi ke?” tanya Imran kat aku......
                “emmm saya baru je abis study cuma nak tunggu konvo” lancar pulak aku berborak ngan dia. “imran dah kerja ek?”soal aku...
                 “ya, saya dah bekerja kat Lembaga Tabung Haji Jln Telok Wanjah...”
                “eehh maaf, En. Imran la nie”aku perbetul panggilan aku tadi.
 Dia terus je potong ayat aku.....
                 “takpe panggil je saya Imran cukup, tak payah la ikut pangkat pulak bukannya ada apa dengan             pangkat tue”
betul jugak kata Imran tadi, takde apa dengan pangkat yang penting kita perlu bersyukur kepada Allah di atas limpahan rezeki yang diberikan.
                Mula la detik perkenalan aku dengan mamat yang bernama Imran, yang mana aku tak pernah kenal dia sebelum nie...... bertambah la kenalan aku.....


Saturday 21 April 2012

Pengembaraan Mencari Sinar Harapan
Bab 2

Alhamdulillah, akhirnya aku selamat sampai untuk menjejak semula tanah airku.............maka bermulalah al-kisah aku sebagai penganggur terhormat dan bertauliah. “kringgggggggggg” aduh bisingnya telefon bimbit aku nie, nak tidur pun tak senang. Aku terkejut ingatkan ada orang telefon, rupa-rupanya aku set jam dah pukul 6.00 pagi la. Emak dan abah aku dah bangun solat subuh. Aku cepat-cepat bangun untuk bersihkan diri dan mengambil wudhuk untuk solat subuh. Tapiiiii mata aku nie dah macam ada ketul batu, berat sangat nak angkat, tapi perkara wajib kena utamakan dulu. Nikmat yang Allah berikan kepadaku hendaklah aku mensyukuri.
 Rutin aku selepas semua kerja rumah siap aku suka pergi ke awam. Itu la tempat lepak kedua aku selepas rumah. Aku suka mencari benda yang baru dan mempunyai kreativiti. Lagipun kat rumah aku mana ada siapa. Adik-adik aku bersekolah asrama penuh, mak dan abah aku kerja. So, tinggal aku sorang-sorang je kat rumah, bosan betul baik aku lepak kat perpustakaan, ada jugak faedahnya. Tapi aku tak pergi hari-hari, nampak sangat aku bohong. Hari cuti aku off la, sebab library tutup.
      10.00 pagi..... Tepat aku datang pada waktunya,tapi ramai jugak yang datang lebih awal dari aku. Bagus-bagus kerana  ramai yang mencintai ilmu. Aku suka datang  sini kerana dalam library orang tidak boleh buat bising. Semuanya baca buku dengan sopan santun je aku tengok, kalau nak cakap pun macam orang main bisik-bisik, kelakar la pulak.
                First rak buku yang aku pergi ialah bahagian surat khabar lepas itu majalah. Biasa la awal-awal nak kena tahu dulu apa perkembangan semasa, kalau tidak mana boleh panggil 'penganggur terhormat'. Sudah puas aku kutip semua info itu, aku mencari meja yang strategik untuk aku memulakan pengembaraan sebagai seorang pembaca. Aku mula mencari buku-buku yang tertarik di hati untuk aku baca. Boleh tahan banyak jugak buku yang aku ambil.....
                haiii bagus jugak aku ni jenis rajin membaca.....puji diri sendiri la aku ni, perasan sekejap.tapi ada perkara yang membuatkan aku menjadi seorang yang pemalu sangat-sangat......aku tak akan lupa kejadian tu............
 Al-kisahnya macam nie........waktu aku sibuk-sibuk mencari buku untuk dibaca, tak sedar pulak aku silap tarik buku yang hampir hujung rak, sebab buku tu tebal dan berat sangat. Mana aku larat nak sambut buku tu nak jatuh...masa tue kat tangan aku nie ada diari dan buku-buku yang aku ambil awal tadi. Tiba-tiba je ada seorang mamat itu datang sambut buku yang nak jatuh tadi. Tapi buku kat tangan aku nie pulak yang jatuhnya. Ye la terkejut kat mamat ni la, tiba-tiba je muncul ntah datang dari planet mana. Habis berselerak buku yang aku pegang tadi. Ya Allah malu sangat kat mamat tu. Dia senyum je kat aku....muka aku dah bertukar warna, merah padam je rasa macam tebal empat inci. Cepat-cepat aku kutip buku yang berselerak tadi dan terus beredar dari situ.  Nasib la waktu buku jatuh tue dekat rak belakang terlindung ngan rak-rak buku lain. Eeeeii kalau terjadi kat rak depan sekali, aku rasa hari nie hari terakhir aku datang library nie,malu-maluuuuuuu.
 Aku terus je tukar tempat, dah tak jadi duduk dekat meja tadi kerana meja aku bertentangan dengan meja budak mamat tadi tue. Bukannya apa , aku malu kat dia pasal hal tadi. Aku pindah naik tingkat atas, takde la ramai sangat kat atas.
Dah puas aku membaca,aku beredar dari library tu. Sebelum balik aku pergi minum dulu. Ya Allah terserempak lagi dengan mamat tue. Aku cepat-cepat berjalan, dan selepas selesai sahaja aku terus balik rumah. Tapi waktu terserempak dengan mamat tadi macam dia macam nak cakap sesuatu je ngan aku. Tapi kejadian tadi masih panas lagi. Jangan-jangan mamat tue nak perli aku tak. Lantak dia la....aku bukannya kacau dia pun,kalau susahkan dia tadi aku mintak maaf dari jauh la...aku takut jugak ntah dari dari planet mana, bukannya apa aku nie kan perempuan kena hati-hati sikit.



Pengembaraan Mencari Sinar Harapan
Bab 1

Saat yang aku tunggu telah tiba, akhirnya selesai juga aku menghabiskan lapan semester  iaitu tahun akhir aku di universiti. Siapa yang tak seronok kan, bukan niat aku tidak mahu belajar. Akhirnya aku akan bergelar seorang graduan. Tidak sabar aku nak praktikkan apa yang aku dapat sepanjang tempoh aku belajar di sini. Tapi bila diingatkan semula memang sedih sangat kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan aku seperjuangan. Sekarang ini aku cuma tunggu saat dimana siswa dan siswi akan naik ke pentas untuk menerima anugerah, senangnya konvo la. Barang-barang aku semuanya dah aku kemaskan. Cuma yang tinggal hanya bilik kosong tetapi penuh dengan kenangan pahit dan manis aku di sini.Sementara menunggu hari kemenangan,alamatnya jadi penganggur la aku di rumah. Jadi anak mithali orang cakap.
                Jenis aku tak boleh kalau duduk saja, aku ni boleh dikatakan ulat buku jugak, waktu di universiti dulu kalau ada saja masa lapang atau senggang aku suka lepak-lepak kat perpustakaan. Kalau kawan-kawan nak cari aku alamatnya kat situ la. Kawan-kawan aku  dah memang faham tabiat aku ni.
......................................................................................................................................................................
                “Yasmin nak minta maaf kalau ada salah silap,halal semuanya,kalau ada rezeki kita jumpa lagi” kata Yasmin padaku. Lagi bertambah sedihnya, Yasmin ni roomate aku. Orang cakap susah senang aku banyak cerita kat dia, sama-sama kami kongsi. Mula la butir-butir mutiara jatuh berguguran di pipi aku ni. Petang itu aku bersalaman dengan kawan-kawan seperjuangan aku kerana malam ini aku sudah hendak bertolak balik ke kampung. Member-member aku yang asal sini family diaorang datang ambil. Aku ni boleh dikatakan anak perantau la.Balik sendiri ke kampung halaman datang sendiri ke kampus, berdikari la katakan.
                Lengohnya tangan aku mengangkat barang dan beg pakaian aku. Ye la dah nak tinggalkan negeri tempat aku menuntut ilmu selama 4 tahun. Dalam kesibukan orang yang begitu berlumba-lumba hendak balik kampung, ada orang yang sama sibuk nak balik dengan aku. Hai pening kepala aku....
Haa..... bayang tayar bas yang aku nak naik kejap lagi dah nampak dah, fuhhh..... tak sabar aku nak naik....BAS ATIEZA. Syarikat bas yang agak popular la kalau budak kampus aku nak balik Kedah. Lambaian pokok padi yang menghijau kat sawah belakang umah atok aku dah terbayang-bayang, tak sabar nak tunggu aku balik.
                Dengan lafaz nama Allah, aku melangkah menaiki tangga bas yang aku tunggu, dalam samar-samar cahaya lampu aku mencari tempat dimana aku akan berlabuh untuk melepaskan lelah. AT 12 dah jumpa tempat aku. Alamak kena duduk sebelah mamat mana pulak nie, hai bengang betul la aku. Apasal pulak mamat tu tersenyum-senyum kat aku,mengigau ke??? takut aku..... hai alamatnya kena berhati-hati la aku nie... Ya Allah selamatkan lah hambaMu ini daripada mara bahaya. Panjang aku berdoa malam tue.Aminnnnnnnnnn


Friday 20 April 2012

SEPUTEH SULAMAN CINTA

BAB 4

“Papa! Papa!” jerit Maisarah.
            Mak Puteh mendengar suaran jeritan dari bilik anak gadis itu. Lalu Mak Puteh mengejutkan Pak Kharma dari tidurnya. Badan Pak Kharma digoncang Mak Puteh ke kiri ke kanan untuk menyedarkan Pak Kharma dari dilamun mimpi.
“Awak bangun!”
Pak Kharma mula membuka mata. Terkejut dengan tindakan isterinya yang tergopoh-gopoh.
“Kenapa dengan awak ni?” tanya Pak Kharma yang masih mengantuk.
“Cepat bangun, mari kita tengok  budak tu”
“Kenapa dengan budak tu?”
“Awak tak dengar ke dia menjerit-jerit”jelas Mak Puteh.
            Mak Puteh dan Pak Kharma bergegas ke bilik Maisarah. Mak Puteh lalu mendapatkan Maisarah dan cuba untuk menenangkan anak gadis itu. Maisarah yang terjaga daripada tidur itu menangis teresak-esak. Mulutnya tidak berhenti menyebut papa,papa.
“Maisarah nak papa, Maisarah nak papa” teriak Maisarah.
Mak Puteh memeluk erat Maisarah dan cuba memujukny auntuk bertenang.
“Makcik Maisarah mahukan papa” rayu Maisarah.
“Sabar nak, bawa bertenang”
            Maisarah kembali tenang, dan Mak Puteh membaringkan Maisarah semula. Mungkin terlalu penat hingga terbawa-bawa dalam tidur. Maisarah akhirnya terlelap. Keadaan menjadi tenang semula. Mak Puteh menyelimuti Maisarah dan membiarkan dia berehat bersendirian.
“Ingatannya sudah beransur pulih”jelas Pak Kharma.
“Betul ke?” soal Mak Puteh untuk mencari kepastian dengan kata-kata suaminya tadi.
“Awak tak perasan ke tadi, dia ada menyebut namanya dan memanggil-manggil ayahnya” terang Pak Kharma.
“Alhamdulillah baguslah kalau begitu, sudah lama dia menanggung derita” jawab Mak Puteh.
            Malam berlalu dengan cepat sekali. Ayam jantan sudah mula menjalankan tugas. Matahari sudah tidak sabar memberi jasa kepada penduduk bumi. Dengan megahnya dia memancarkan cahaya yang menyinari alam semesta ini.
            Cahaya dan kehangatan haba ini sangat diperlukan Mak Puteh untuk mengeringkan daun mengkuang yang dijemurnya. Malah cahaya matahari yang panas akan menjadikan pita-pita daun mengkuang itu lebih putih. Mak Puteh menjalankan rutinnya sebagai suri rumah sebelum turun menyambung kerja memproses daun mengkuang yang masih belum siap. Pakaian semalam sudah Mak Puteh cuci, Mak Puteh menjemur pakaian diampaian yang Pak Kharma buatkan menggunakan wayar yang tidak digunakan lagi. Wayar itu direntangkan diantara pokok binjal dan pokok rambutan yang terletak disebelah penjuru dangau.
             Setelah selesai menjemur pakaian, Mak Puteh mendapatkan pita-pita mengkuang yang telah siap dijangka semalam disusun dan diikat sebelum pita-pita itu direndamkan di dalam tempayan besar. Pita itu ditongkolkan supaya tenggelam sepenuhnya. Ada juga setengah orang yang tinggal berhampiran sungai, mereka lebih selesa merendam pita daun mengkuang itu ke dalam sungai. Mereka akan meletakkan benda berat termasuk batu bagi memastikan pita-pita daun supaya tenggelam. Ini kerana pita-pita daun mengkuang itu ringan dan akan terapung jika tidak diletakkan pemberat.
            Mak Puteh merendam pita-pita mengkuang di dalam tempayan yang mengandungi air biasa selama dua hari dua malam. Air mesti ditukar sebanyak dua kali sehari. Ia direndam untuk melunturkan warna asalnya.
Selesai merendam pita-pita mengkuang tersebut, Mak Puteh melabuhkan punggungnya di pangking. Menghilangkan penat sekejap.
“Makcik...” tegur Maisarah.
“Ya Allah...terkejut makcik, tak perasan pulak kamu datang”
“Ada apa nak?” soal Mak Puteh.
“Makcik saya dah ingat semula siapa saya” ringkas Maisarah.
“Betul?” terkejut Mak Puteh.
“Betul makcik, nama saya Maisarah. Saya masih mempunyai seorang papa. Saya tinggal jauh dari tempat ini. Saya datang ke sini bersama kawan-kawan untuk mendaki ke puncak gunung sana. Tetapi seorang terpisah daripada kawan-kawan lain. Saya tergelincir dalam kegelapan dan saya dah tak ingat apa yang berlaku selepas saya jatuh’’ terang Maisarah.
“Bersyukurlah nak, kamu sudah pulih. Makcik tumpang gembira”
“Papa saya tentu risau tentang saya makcik. Saya rindukan papa” rintih Maisarah.
            Air mata Maisarah membasahi pipinya yang gebu itu. Terasa sebak atas nasib yang telah menimpanya. Mak Puteh turut terharu.
            Mak Puteh juga dapat merasakan perasaan anak gadis itu bergenang juga dibuatnya.  Maisarah menceritakan tentang keluarganya kepada Mak Puteh.
“Papa yang menjaga saya sekarang adalah dari keluarga angkat”
“Dimana emak dan ayah kandung Maisarah” soal Mak Puteh.
“Papa beritahu saya mereka telah tiada kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika saya masih kecil”
“Mama sudah tiada kerana mengidap kanser usus, sekarang saya tinggal dengan papa dan sepasang suami isteri yang menguruskan rumah papa sebagai orang gaji”
            Mak Puteh turut bersimpati dengan nasib Maisarah. Mujurlah ada insan yang prihatin untuk menjadikan Maisarah sebagai anak angkat. Banyak perkara yang dikongsikan Maisarah dengan Mak Puteh.
            Maisarah merasakan begitu tenang dan selesa apabila berkongsi cerita dengan Mak Puteh. Sikap Mak Puteh yang begitu prihatin dan penyayang membuatkan Maisarah sangat merindui kasih sayang seorang ibu yang telah meragut dalam diari hidupnya. Timbul juga perasaan hairan difikiran Mak Puteh.
            Anak gadis bandar yang dari kecil dibesarkan dibandar begitu berminat untuk belajar seni warisan keturunannya. Malah anak gadis bandar ini begitu mudah dan senang diajar. Seolah-olah darah seni ada padanya. Mungkin semua ini kebetulan. Bisik Mak Puteh sendirian. Mak Puteh dapat rasakan masa untuk dia bersama Maisarah akan berakhir. Ingatan Maisarah dan kesihatannya telah kembali pulih.
             Walaupun hati dan perasaannya gembira dan bersyukur kerana anak gadis itu telah pulih, tetapi hati kecilnya begitu sedih sekali. Tidak ada penemannya dirumah tatkala Pak Kharma keluar menjual tikar di pekan. Tiada teman untuk berborak-borak sambil menganyam tikar. Suasana rumah akan kembali sunyi. Itulah yang terbayang-bayang di kotak fikiran Mak Puteh. Mak Puteh mengkhabarkan berita itu kepada Pak Kharma. Mereka bersyukur anak gadis itu telah sembuh. Pak Kharma dapat membaca dari raut wajah isterinya yang sedih. Cuma Mak Puteh yang cuba untuk menyembunyikan kesedihan itu.
“Awak janganlah bersedih, lagipun budak itu perlu pulang ke tempat asalnya”
“Saya dah anggap macam anak saya sendiri”
“Saya pun dah anggap dia mcam anak saya sendiri, tapi dia ada orang tuanya”
“Saya faham” ringkas Mak Puteh.
            Maisarah yang terdengar perbualan mereka tadi menitiskan air mata. Perasaan terharu dan sebak menyelubungi dirinya. Dia bersyukur pada yang Maha Kuasa telah menemukan sepasang suami isteri yang berhati mulia. Sanggup menjaganya dan menganggap dirinya seperti anak kandung mereka. Maisarah tidak menafikan dalam dirinya juga telah wujud perasaan sayang kepada mereka berdua. Tetapi Maisarah tidak boleh terus menetap disini.
            Mesti papa dan rakan-rakan yang lain sedang berusaha mencarinya. Jarak rumah Pak Kharma yang jauh dari perkampungan dan pekan mungkin menyukarkan mereka mencarinya disini. Maisarah dapat bayangkan keadaan papa yang kesedihan menantinya pulang. Lidahnya terasa kelu untuk memberitahu pasangan ini bahawa dia perlu pulang ke tempat asalnya. Lama juga Maisarah mengambil masa untuk memberitahu pasangan itu. Hatinya gementar.
            Tapi dia memaksa jua lidahnya untuk mengatur ayat. Bertahan untuk tidak menangis. Perasaan serba salah dipenjarakan seketika. Maisarah mengatur langkah menuju ke ruang hadapan rumah untuk berdepan dengan pasangan yang sedang berbual itu. Maisarah duduk bersimpuh disebelah Mak Puteh.
“Makcik....Pakcik, Maisarah ada sesuatu yang hendak diberitahu”
“Cakaplah nak” jawab Pak Kharma.
Tangan Mak Puteh dicapai Maisarah dan digenggam erat. Terasa kehangatan tangan Mak Puteh ini kerana tangannya sejuk untuk menutur kata.
“Besok Maisarah mahu pulang”
“Besok?” soal Mak Puteh dalam nada yang agak terkejut.
“Ya makcik”
“Baguslah kalau kamu sudah membuat keputusan, pakcik tidak ada niat untuk menghalau kamu, tapi ini untuk kebaikan kamu dan kelurga kamu. Ayah kamu pasti risaukan kamu.” terang Pak Kharma kepada Maisarah.
Mak Puteh tidak berkata apa-apa. Dia sudah menjangka apa yang bakal dikatakan oleh Maisarah. Tangan Maisarah dilepaskan. Lalu dipeluk erat tubuh Maisarah. Mereka berpelukan denagn erat. Bercucuranlah air mata mereka. Pak Kharma menyaksikan adegan mereka berdua. Dihati kecilnya juga terasa sebak. Baginya tidak manis bila lelaki  menangis. Ditahannya juga air mata itu. Bulan juga turut menjadi saksi bagi kejadian yang menyentuh perasaan ini. Bunyi cengkerik sudah tidak rancak lagi pada malam ini seolah-olah turut mengerti dan memahami perasaan sayu Mak Puteh. Mak Puteh bersyukur walaupun masa bersama Maisarah baginya terlalu singkat. Terasa berat untuk membiarkan Maisarah pulang ke tempat asalnya. Mak Puteh tidak akan menjadi penghalang. Maisarah juga ada tanggungjawab kepada papanya. Perpisahan akan terjadi jua apabila berlakunya sebuah pertemuan. Sebagai manusia kita terpaksa akur dengan lumrah kehidupan ini. Bagi Mak Puteh berat dia untuk berpisah buat kali kedua. Pertama dulu dia terpaksa berpisah dengan anak kandungnya kerana ajal telah menjemput anaknya lebih awal darinya. Kali ini adalah kali kedua dia akan berpisah dengan anak gadis manis yang dijaga dan dilindung seperti anak kandungnya. Adakah anak ini dapat dia bertemu lagi akan datang. Adakah anak gadis ini akan menjejak kakinya semula di rumah usang ini. Malam yang suram ini membuatkan Mak Puteh tidak dapat melelapkan matanya. Adakah esok hari dia kuat untuk menerima hakikat Maisarah akan pulang ke ibu kota yang jauh dari tempatnya. Mak Puteh mengerti kehidupan Maisarah jauh berbeza dengan kehidupannya disini. Kehidupannya yang dikelilingi dengan kemewahan. Tak disini dengan dikelilingi panas terik dan dihujani nyamuk pada waktu malam. Makanan yang ala kadar. Tetapi Mak Puteh hairan anak gadis bandar ini nampak selesa tinggal disini. Mak Puteh tidak nampak Maisarah kekok dan rimas tinggal disini. Jarang untuk melihat anak bandar yang begini. Inilah yang dikatakan pepatah lama masuk kandang kerbau mengebau masuk kandang harimau mengaum. Pandai papanya mendidik anak ini, berbudi bahasa dengan orang tua, tutur katanya yang berbahasa. Mak Puteh terus melayan bisikan hatinya. Tujuannya untuk mengubat kesedihan hati. Lamunan Mak Puteh terhenti apabila dia disapa oleh suaminya.
“Awak ni asyik mengelamun sahaja”
“Saya sedih”
“Jangan la ikutkan sangat perasaan tu, budak tu ada tanggungjawab juga” pujuk Pak Kharma.
“Ha.. tikar yang Pak Imam pesan dua minggu lepas dah awak siap anyamkan?” soal Pak Kharma.
“Saya dah siap anyamkan, ada dilaman tamu dihadapan”jelas Mak Puteh.
“Elok lah, esok boleh saya hantarkan terus ke rumahnya, masuklah berehat. Lagipun dah lewat malam ni” cadang Pak Kharma.
            Pak Kharma lalu pergi ke laman tamu. Tikar putih yang bersaiz agak besar dari tikar lain itu dicapainya. Lalu digulung dengan teliti. Tikar yang telah siap digulung itu diikat Pak Kharma menggunakan tali rapia yang tersangkut ditiang kayu diruang itu. Tikar yang siap diikat itu diletakkan berdekatan pintu keluar. Diletakkan berhampiran pintu supaya tidak terlupa mengambilnya.
            Esok Pak Kharma akan menghantar Maisarah ke pekan untuk mendapatkan kenderaan untuk dia dapat pulang ke tempat asalnya. Nak dihantarkan terus tidak mampu. Selepas membantu Maisarah mendapatkan kenderaan, hajatnya untuk menghantar tikar mengkuang putih ke rumah Pak Imam perlu ditunaikan.


Monday 16 April 2012

Guguran mekar yang indah…


.............kadangkala apa yang kita aturkan tidak selari dengan apa yang telah ditentukan oleh pencipta...layakkah kita untuk mempersoalkannya??? persoalan yang selalu bermain dipemikiran kita tatkala perkara ini berlaku...usahlah kita risau dan gundah gulana....


.............pengharapan kita padaNYA berpaut didahan doa dan tawakal...mengharapkan dahan yang menghulurkan ranting-ranting kasih sayang dimana diserikan lagi dengan  mekarnya kuntuman keredhaan dan rahmatNYA.....dimana kuntuman itu yang bakal gugur di tadahan tangan seorang hamba yang tidak pernah berputus asa dalam merintih pengharapan pada Yang Esa....alangkah cantiknya aturan Ilahi...



...Ya Rabb...hanya padaMU kami memohon dan merintih segalanya....kami percaya hikmah dan janjiMU kepada hamba yang tidak pernah berkenalan dengan istilah "berputus asa" itu...

Lakaran penaku...Sinar Qalbi