Friday 3 February 2012

Home Tuition
Sinar Qalbi


Adakah anda risau, jika anak anda masih:

Ü Lemah dalam membaca & menulis jawi (  جاوي)?
Ü Sukar memahami bahasa Arab (اللغة العربية)?
Ü Masih belum lancar mengaji Al-Quran ?
“ Insya Allah sama-sama kita membantu anak anda untuk berjaya ”
Sasaran Pelajar Peringkat:

#  UPSR
#  PMR
    ( Individu @ Kump. Kecil)

Sasaran Pelajaran :

³   JAWI
³   BAHASA ARAB 
³   PEND. ISLAM
³   AL-QURAN
( Subjek lain boleh dirunding )
Sesi : Petang @ Malam
        (masa mengikut rundingan bersama)

Profil Pengajar

Ustazah Shima H/p : (013-5979522)
E-mail : sinar_jadid@yahoo.com

Kelulusan ;
v  Maktab Mahmud Alor Setar.
v  Diploma Bahasa Arab Pendidikan, UDM.
v  Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, UPM.
v  Sekarang menyambung pengajian di peringkat Sarjana Bahasa Arab di UPM.
|  Jika berminat boleh hubungi dan harga akan dimaklumkan.



TAWARAN HOME TUITION BAHASA ARAB & FARDHU AIN


Al-Tijarah = Perniagaan = Business 


Ambil upah @ berniaga Sendiri ??? soalan yang sering difikirkan....



"Sekiranya kamu mengenali diri kamu dan musuh kamu, walau di dalam 100 peperangan sekalipun, kamu tidak akan takut pada keputusan peperangan itu" < Sun Tzu >

Permulaan untuk menceburi ke alam perniagaan ini bermula sejak diri di peringkat sekolah rendah lagi...bermula dengan menjual kerepek Ubi pedas pada waktu rehat  kelas Kafa..ermmm pengalaman yang sangat manis...masih diteruskan diperingkat sekolah menengah...alhamdulillah sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar Aspurawi (Asrama Rabiatul Adawiyah) Maktab Mahmud Alor Setar....masa cuti semester bertekad untuk berniaga di bazar Ramadhan...akhirnya berjaya menyempurnakan tekad itu...alhamdulillah pengalaman dalam bidang perniagaan ini walaupun secara kecil kecilan dapat memberi banyak pengajaran dari segi :
  • Disiplin masa
  • Strategi
  • Sasaran pelanggan
  • Kreativiti dll

Buat masa sekarang tumpuan kepada pelajaran diutamakan tetapi disulami dengan mencari kerja part-time untuk menambah pengalaman dan cabaran dalam hidup. 

"Lain orang lain ragam. begitu juga dalam memilih pekerjaan. terpulang kepada kita sama ada mahu bekerja dalam sektor awam , swasta ataupun persendirian, yang penting fikirkan matlamat jangka masa panjang".
(dipetik dari buku Tambah Duit dengan Keja Part Time by Mohd Aliff Mohd Nor)


Segala amalan yang diharuskan seperti makan, tidur, bekerja mencari rezeki dan lain-lain boleh menjadi suatu ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT jika diniatkan kerana Allah. Mari kawan, sahabat, teman kita perbetulkan niat kita kerana Allah....insya Allah besar ganjaran yang akan kita perolehi. 

Mari kita hayati hadis ini...;


إنما الأعمال بالنيات , وإنما لكل امرئ ما نوى
"Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat"

Insya Allah kepada kawan-kawan yang sedang dan akan menceburi bidang perniagaan saya doakan kalian berjaya dan tabah mengahadapi asam garam, pahit getir, periuk belanga kehidupan perniagaan...erm ntah apa lah yang cek dok merepek nie...apa yang penting boleh faham kot...hehe 

Buat ex-roomate & now myhousemate yang semakin berjaya menceburi bidang perniagaan...TAHNIAH..dan semoga terus berjaya. Nie buat cek makin semangat pulak nak berniaga....hehe Buat Businesswomen Syuhada Rosly cek ada sedikit suprise "handmade" buat semangat untuk kamu....tetiba terlintas difikiran untuk terus memberi semangat kepada kawan sorang nie....

( proses pembikinan Warna Warni Closet )

hehe terimalah walaupun xcantik...
Buat sedara, teman, sepupu, kawan, tetamu blog ini boleh la intai-intai jualan di Facebook kawan saya di "Warna Warni Closet " tetapi item jualan lebih kepada wanita.....ok semoga kita bertemu lagi di lain lembaran. Selamat maju jaya buat semua..

Catatan : Sinar dan Pena nak berkongsi satu buku disini .....


Wednesday 1 February 2012

HADIAH ISTIMEWA BUAT PASANGAN PENGANTIN............


( NADIAH & SAFUAN)

Terimalah hadiah dari ku ini...........semoga kalian berdua sentiasa bahagia selalu ye....aminnn.



Pada tanggal 28/1/2012 hadiah ini bertukar milik kepada mereka berdua yang sejoli....ikhlas dari pengapit kalian..haha kelakar je kan boleh jadi pengapit....apapun memori ini sangat berharga....


( HAFZAM & IRWAN )


dan tidak lupa juga hadiah pekahwinan kepada pasangan pengantin Hafzam & Irwan, tanggal 2/9/2011 telah diserahkan hadiah ini kepada pasangan yang bagai pinang dibelah dua kata orang...hehe comey...




terima kasih kepada "pelukis" yang sangat berbakat ini...sekalung penghargaan jutaan terima kasih....semoga Allah permudahkan segala urusannya di dunia mahupun di akhirat kelak...Aminnn. 


Nota kad Cinta :
" memberi sokongan emosi pada pasangan tidak memerlukan seseorang menjadi individu yang sempurna. Rencahnya adalah tahu menterjemahkan dalam kehidupan pada waktu-waktunya."
(dipetik dari Buku Magnet Cinta oleh Zamri Mohamad pg:55)

SEPUTEH SULAMAN CINTA

BAB 3

Mak Puteh mengambil kayu-kayu yang dilonggokkan oleh Pak Kharma dibawah dangau di belakang rumah  untuk dijadikan unggun api.
 Getah daripada tiub basikal yang dibuang digunakan Mak Puteh. Getah itu dibakarkan sedikit dengan menggunakan mancis. Setelah getah itu menyala, Mak Puteh meletakkan getah itu dicelah-celah kayu yang telah dilonggokkan menjadi unggun. Api yang menyala itu memakan sedikit demi sedikit kayu itu. Mak Puteh membiarkan seketika api itu memakan dan memamah kayu-kayu dari dahan rambutan.
            Daun-daun mengkuang yang Pak Kharma longgokan di tiang rumah tadi diambil Mak Puteh untuk dilayurkan. Unggun api tadi telah menjadi bara. Mak Puteh mengambil empat hingga lima helai daun untuk dilayurkan dalam satu masa.
 Sabut kelapa diambil Mak Puteh untuk dibuat lapik punggung. Lengoh juga kalau melayur sambil berdiri. Mungkin dengan cara itu membuatkan Mak Puteh lebih selesa. Daun yang dilayur bukannya sedikit.
“Apa yang makcik buat tu?” tanya Maisarah.
“Opocot kau, ish bila pula kamu muncul?” tanya Mak Puteh kerana terkejut mendengar suara Maisarah menyapanya.
“Baru saja saya turun tadi, bosan asyik duduk berehat di atas rumah”jelas Maisarah.
“Macam mana rasa badan kamu?” soal Mak Puteh
“Rasa dah beransur pulih, tapiiii saya masih tidak dapat ingat kejadian sebelum ini”
“Kamu kena berehat lagi, luka kamu parah, Insya Allah nanti sembuh la tue”
“Insya-Allah makcik, erm makcik buat apa tu?” soal Maisarah semula.
“ Makcik tengah layurkan daun mengkuang ini”
“Untuk apa?”
“ Sebab apabila daun ini dilayur ia akan menjadi lembut dan tahan lama jadi mudahlah untuk kita ‘mengjangka’ daun ini nanti” jelas Mak Puteh.
            Maisarah dengan khusyuk memerhati Mak Puteh melayur daun mengkuang. Dia kelihatan berminat untuk melakukan apa yang Mak Puteh lakukan.
“Makcik saya nak cuba boleh?”
“Meh sini makcik ajarkan, tapi hati-hati daun ini berduri dan bara api itu panas”
“Baik makcik”
Mak Puteh melihat Maisarah sangat seronok dan tidak kekok melakukan kerja yang dia lakukan. Malah maisarah dilihat sangat berminat.
“Kenapa awak biarkan dia buat kerja tu”tanya Pak Kharma.
“Saya tak suruh pun, budak tu minta nak buat, jadi saya ajarlah” ringkas Mak Puteh.
“Tengok kan juga, budak itu tak biasa buat kerja-kerja macam ni”
“Saya tahulah nak menjaganya.”
            Mak Puteh gembira kerana Maisarah ada minat untuk belajar warisan tradisi keturunannya. Alangkah seronok dan gembira jika Maisarah ini anak gadisnya.
 Mak Puteh juga pernah terpfikir siapa yang akan mewarisi hasil seni warisan ini. Tiada siapa yang akan menjadi pewaris seni ini. Adakah ianya akan luput ditelan zaman?
“Kamu berminat untuk belajar?” tanya Mak Puteh kepada Maisarah.
“Saya sangat berminat untuk belajar, saya rasa macam pernah belajar tapi saya tidak ingat bila”.
“Baguslah kalau kamu berminat, boleh makcik ajarkan”.
“Betul ke makcik?’’soal Maisarah.
“Betul la, makcik bukan main-main”
“Tapi kamu kena berani dan banyak bersabar”
“Kenapa makcik cakap begitu?” soal Maisarah yang sedikit hairan.
“Untuk menghasilkan tikar mengkuang yang cantik dan anyaman yang halus kita kena bersabar, untuk hasilkan sesuatu yang berkualiti kesabaran hasruslah kita pasakkan dalam diri” nasihat Mak Puteh.
“Insya-Allah makcik. Terima kasih kerana sudi mengajar saya”.
“Sama-sama nak, seni warisan inilah yang kita perlu pelihara walaupun ianya dipandang tidak bernilai bagi setengah-setengah orang” nada Mak Puteh sedikit terharu.
“Apa yang diborakkan tu?” sampuk Pak Kharma setelah pulang dari menjual tikar di pekan kecil Kampung Sena.
“Budak ni nak saya ajar menganyam tikar mengkuang”
“Berminat ke?”
“Saya berminat untuk belajar menganyam tikar pakcik” jelas Maisarah.
“Baguslah”
“Ramai orang di pekan tadi?’’
“Ramai juga orang dipekan tadi”
“Banyak yang terjual?” tanya Mak Puteh.
“Alhamdulillah, banyak jugak yang terjual hari ini, erm tadi saya terserempak dengan penghulu, dia pesan sehelai tikar mengkuang putih yang bersaiz besar dari biasa. Katanya nak disedekahkan kepada imam”pesan Pak Kharma kepada Mak Puteh.
“Sedekah?” sampuk Maisarah.
“Nak, tikar mengkuang putih ada sinboliknya iaitu melambangkan kemurniaan dan kesuciaan. Bukan setakat kita hamparkan dirumah malah orang juga sering dijadikan hadiah untuk disedekahkan kepada orang-orang yang berjasa. Masa zaman makcik dahulu, imam atau pembaca talkin akan dihadiahkan sehelai tikar putih oleh waris si mati” cerita Mak Puteh.
            Maisarah begitu kagum dengan cerita yang disampaikan oleh Mak Puteh. Daun-daun mengkuang yang telah siap dilayur itu diangkat Mak Puteh untuk diletakkan diatas pangking dibawah rumah.
 Sambil bercerita, daun yang sudah siap dilayur tadi yang diletak diatas para itu dicapai Mak Puteh, duri daun mengkuang itu dibuang dan sejenis pisau atau “penyagat” yang mempunyai dua hingga tiga mata digunakan bagi menjangka daun itu untuk mewujudkan pita-pita daun mengkuang.
Maisarah terkial-kial menggunakan penyagat sambil ditunjuk ajar oleh Mak Puteh. Mereka berdua tekun sekali membuat kerja sambil berbual-bual. Maisarah menjadi peneman Mak Puteh. Mak Puteh begitu rancak berbual dengan anak gadis yang sudah dianggap anaknya.
            Terasa cepat pula kerja menjangka daun mengkuang sambil berborak-borak. Mungkin kebosanan Mak Puteh selama ini telah diubati dengan kehadiran anak gadis ini.
 Daun yang telah siap dijangka akan dibiarkan selama lebih kurang satu jam supaya kering. Kemudian pita-pita mengkuang tersebut dilurut dengan menggunakan "pelurut". Pelurut diperbuat daripada buluh dan ukurannya adalah antara 17cm panjang dan empat hingga lima cm lebar.
Proses melurut dilakukan berulang kali oleh Mak Puteh supaya pita atau helaian daun menjadi lembut dan tidak bergulung. Maisarah hanya melihat sahaja Mak Puteh melurut pita-pita mengkuang itu. Nak dilakukannya tidak pandai. Sekejap sahaja Mak Puteh melurut pita mengkuang itu.
            Kerjanya begitu tangkas dan kemas sekali. Segala kemahiran Mak Puteh dapat dilihat. Maisarah kagum melihat cara kerja Mak Puteh.
            Pak Kharma memberi satu bungkusan akar kayu yang dibelinya dipasar tadi kepada Mak Puteh. Akar kayu itu direbus untuk diberi minum kepada Maisarah. Air rebusan akar kayu membantu untuk memulihkan luka yang dialami Maisarah.
Mungkin tidak berapa lama lagi Maisarah akan ingat siapa diri dia yang sebenar. Kecederaan yang parah mengambil masa yang lama untuk pulih.
            Berita kehilangan Maisarah sudah terpampang di dada akhbar. Oleh kerana Pak Kharma seorang yang buta huruf, surat khabar tidak menarik perhatiaannya untuk membeli. Baginya surat khabar tidak memberi apa-apa faedah kepadanya sebagai seorang yang buta huruf.
            Cukuplah sekadar mendengar cakap-cakap orang dikedai kopi untuk mengetahui perkembangan semasa. Mungkin disebabkan dia dahulu adalah salah seorang yang tercicir dari segi pendidikan, dia bersyukur kerana mampu berusaha mencari ezeki untuknya dan isterinya. Berita kehilangan Maisarah tidak menjadi perhatiaannya.
            Seharian membuat kerja, perut yang kosong perlu juga diisi kalau tidak, tiada bertenagalah untuk membuat kerja. Periuk yang ditiarap di atas para itu dicapai Mak Puteh, Maisarah dari tadi mengikut langkah Mak Puteh hingga ke dapur.
 Mungkin kerana terlalu bosan. Mak Puteh juga rasa terhibur dan tidak kesunyiaan apabila Maisarah tinggal disini.
            Sedangkan sebelum ini apabila Pak Kharma keluar mencari hasil hutan atau keluar ke pekan menjual tikar, Mak Puteh akan bersendirian di rumah.
  Tapi Mak Puteh tahu suatu hari nanti Maisarah akan pulang ke tempat asal setelah ingatannya telah sembuh. Mak Puteh tiada hak untuk menghalang Maisarah. Tetapi Mak Puteh sangat menyayangi Maisarah macam darah dagingnya sendiri. Sudah dia anggap anak sendiri.
“Makcik saya nak tolong”
“Boleh nak, erm tolong makcik ambilkan pinggan di atas para sana”
“Baik makcik”
            Sungguh berbahasa anak gadis ini, sopan dipandang walaupun berbaju kedah dan berkain batik. Baju Mak Puteh yang dipakai Maisarah agak sedikit besar.
Nampak ala-ala gadis kampung apabila Maisarah dikenakan berpakaian begitu. Tapi Maisarah selesa. Tidak banyak mengomel, desus Mak Puteh sendirian.
            Setelah makanan sudah siap tersedia, Mak Puteh menyuruh Maisarah memanggil Pak Kharma yang berada di beranda rumah.
“Pakcik mari makan, makanan sudah siap” jemput Maisarah.
Pak Kharma yang ralit menggulung rokok tembakau terkejut dengan sapaan Maisarah tadi.
“Eh kamu, ye lah, mari” jawab Pak Kharma.
            Mereka bertiga menjamu selera. Ikan kembung goreng yang dibeli pak Kharma dipasar tadi menjadi tatapan mereka. Ulam pucuk ulam raja bersama sambal tidak ketinggalan untuk menambah selera.
Maisarah yang sedikit kekok memakan ulam- ulaman itu. Berkerut juga dahinya apabila memakan pucuk ulam raja. Tersenyum Mak Puteh melihat gelagat Maisarah. Pak Kharma juga tidak ketinggalan memerhati gelagat Maisarah.
“Ini daun apa?” tanya Maisarah
“Ini ulam raja, sedap tak?”
“Rasa lain sedikit”
“Bagus untuk kesihatan, awet muda kalau makan ulam ni” jelas Mak Puteh.
            Mereka bertiga makan dengan berselera sekali, mungkin kerana masing-masing penat bekerja. Walaupun lauk hanya ala kadar Maisarah selesa dengan keadaan itu.
Bimbang juga Mak Puteh jika Maisarah tidak dapat sesuaikan diri dengan cara hidup mereka. Ini akan menyukarkan mereka. Ingin sekali Mak Puteh tanyakan kepada anak gadis ini asal usulnya.
Tetapi sekarang bukan masa yang sesuai kerana ingatannya masih belum pulih. Keadaan Maisarah sudah banyak berubah jika dibandingkan pada hari pertama Pak Kharma menjumpainya.
            Nasib yang menimpa Maisarah ini mungkin mempunyai hikmah disebaliknya. Mungkin Allah hendak menguji kesabaran dan ketabahan Maisarah berdepan dengan ujian.
 Mak Puteh kagum dengan semangat anak gadis ini, kuat untuk menghadapi dugaan yang menimpanya. Mak Puteh tidak putus memohon pertolongan dari Allah supaya memberi kesihatan dan memulihkan anak gadis ini. Kesian melihatkan keadaannya.
 Mungkin ibu bapanya risau akan keadaannya. Tapi Mak Puteh dan Pak Kharma perlu membantunya pulihkan ingatannya.
            Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk membantu memulihkan keadaannya. Hari cepat berlalu, tirai malam sudah dilabuhkan. Maisarah sudah masuk bilik untuk merehatkan diri.
 Mak Puteh mengajar Maisarah membacakan doa sebelum tidur. Mak Puteh menyelimut Maisarah dari hujung kaki hingga ke paras pinggang. Selepas menyelimut Maisarah, Mak Puteh mengemaskan pintu kelambu supaya tidak terbuka. Belum sempat Mak Puteh bangun. Tangannya di tarik Maisarah, lalu dikucup. Mak Puteh terkejut dengan tindakan Maisarah.
“Terima kasih makcik” ucap Maisarah.
“Sama-sama nak, tidurlah” balas Mak Puteh.
“Saya sayang makcik”
“Makcik pun sayang kamu nak” Mak Puteh terasa sebak.
            Mak Puteh lalu mengemaskan kembali pintu kelambu supaya tidak terbuka, jika dibiarkan terbuka maka berderu deramlah seangkatan nyamuk masuk ke dalam kelambu. Tidak lena dibuatnya.
 Mak Puteh lalu keluar meninggalkan Maisarah tidur. Hatinya yang masih sebak dengan kejadian tadi. Dia rasakan macam sesuatu yang tidak kena. Tetapi Mak Puteh tidak mahu ikutkan sangat perasaannya.
             Malam terasa sunyi, bunyi unggas tidak begitu jelas kedengaran bagaikan turut memahami perasaannya. Pak Kharma sudah nyenyak tidur, mungkin terlalu letih.
Sepetang Pak Kharma keluar menjual tikar di pekan. Mak Puteh bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang bekerja keras dan tidak putus asa dalam mencari rezeki.
            Jodoh yang diatur oleh keluarga masing-masing tidak sia-sia. Mereka saling memahami. Walaupun mata pencarian mereka adalah dengan menjual hasil kraftangan, Mak Puteh bersyukur rezeki mereka tidak putus-putus.
Seni warisan ini adalah perniagaan dan seni warisan keluarga Mak Puteh. Sejak kecil lagi Mak Puteh telah diajar cara mengayam tikar mengkuang. Arwah emak Mak Puteh, Mak Sri Kenanga amat mahir dengan seni anyaman. Kehalusan seni anyamannya sangat terkenal. Semua seni itu diperturunkan kepada Mak Puteh.
            Mak Puteh sudah arif dengan cara pembuatan tikar mengkuang sejak berumur sepuluh tahun. Dia juga mahir dalam berkomunikasi dengan orang kampung ketika mengikut arwah bapanya pergi menjual.
Ramai yang terpegun dengan telatah Mak Puteh sewaktu kecil. Pandai menarik pelanggan untuk membeli tikar mengkuang hasil anyaman tangan emaknya. Tetapi sekarang semua itu diambil alih oleh suaminya, ini kerana Mak Puteh begitu sibuk menghasilkan tikar yang ditempah dan tikar yang dihasilkan untuk jualan.
 Agak memenatkan jika Mak Puteh mendapat banyak tempahan. Kadangkala masa tidur terpaksa dikorbankan untuk memenuhi permintaan pelanggan. Jika dia menolak permintaan bermakna dia juga menolak rezeki dia dan suami.
            Mak Puteh gagahkan diri selagi tulang empat kerat ini masih mampu mengayam. Janji perlu ditunaikan.
Jerit perit dalam mencari rezeki ini telah sebati dalam hidup Mak Puteh dan suami. Pernah dahulu hasil anyaman tikar mengkuang arwah emaknya habis hangus dimamah api. Ini adalah kerana hasad dengki orang yang tidak suka melihat perniagaan emak dan ayahnya maju.
 Manusia sekarang tidak senang duduk jika melihat bangsa sendiri maju. Bukan sama-sama mahu menolong untuk maju, tetapi berlumba-lumba untuk jatuhkan bangsa sendiri. Terduduk diam arwah ayahnya ketika itu, arwah emak pula menangis siang dan malam mengenangkan hasil titik peluh untuk menyara keluarga hilang dalam sekelip mata.
            Walaupun tikar itu boleh dianyam semula, tetapi banyak tenaga yang dihabiskan untuk menyiapkan puluhun tikar mengkuang yang telah terbakar itu.
Mak Puteh juga dapat rasakan bagaimana perasaan arwah emaknya ketika itu. Ini kerana dia juga menyumbang sedikit tenaga dalam menghasilkan tikar mengkuang itu bersama arwah emaknya. Walaupun sewaktu itu Mak Puteh masih kanak-kanak hati kecilnya dapat memahami perasaan arwah emak dan ayahnya ketika itu.
            Tetapi banyak perkara yang Mak Puteh belajar daripada arwah emak dan ayahnya. Kehidupan yang dilanda badai sekalipun harus berani berdepan melawan.
“Puteh kena berani dan banyak bersabar kalau Puteh mahu maju dalam hidup” pesan arwah ayah Mak Puteh, Pak Thalal.
Kata-kata arwah ayahnya membuatkan Mak Puteh terus bersabar dan berani berdepan dengan apa kemungkina yang akan berlaku.
Sekarang Mak Puteh mendapat kekuatan dan sokongan daripada suami tercinta yang sentiasa memahami dan menyayanginya.
            Mak Puteh tahu Pak Kharma cuba sedaya upaya untuk memberi kesenangan kepada Mak Puteh. Tetapi semua itu Mak Puteh tidak mengharpkan kerana baginya cukuplah dengan kasih sayang dan sokongan daripada suami tercinta. Itu lebih berharga daripada barang yang mahal.
             Kasih sayang seorang suami tidak ada dijual dikedai-kedai, melainkan lahir dari hati ikhlas suci seorang suami kepada isterinya.
Mak Puteh bersyukur dengan kehidupan mereka sekarang. Walaupun permata hati mereka telah kembali bertemu Pencipta yang satu, Mak Puteh teruskan kehidupan dengan kekuatan yang ada.
            Kesihatan yang tidak mengizinkan menyukarkan Mak Puteh untuk mengandung lagi. Kesyukuran tetap dipanjatkan kerana dia berpeluang menjadi seorang ibu walaupun seketika. Naluri seorang ibu masih terkubur dalam dirinya.  Tiba-tiba lamunan Mak Puteh terhenti.
>>>>>SAMBUNGAN<<<<<