SEPUTEH SULAMAN CINTA
BAB 4
“Papa! Papa!”
jerit Maisarah.
Mak Puteh mendengar suaran jeritan
dari bilik anak gadis itu. Lalu Mak Puteh mengejutkan Pak Kharma dari tidurnya.
Badan Pak Kharma digoncang Mak Puteh ke kiri ke kanan untuk menyedarkan Pak
Kharma dari dilamun mimpi.
“Awak bangun!”
Pak Kharma mula
membuka mata. Terkejut dengan tindakan isterinya yang tergopoh-gopoh.
“Kenapa dengan
awak ni?” tanya Pak Kharma yang masih mengantuk.
“Cepat bangun,
mari kita tengok budak tu”
“Kenapa dengan
budak tu?”
“Awak tak dengar
ke dia menjerit-jerit”jelas Mak Puteh.
Mak Puteh dan Pak Kharma bergegas ke
bilik Maisarah. Mak Puteh lalu mendapatkan Maisarah dan cuba untuk menenangkan
anak gadis itu. Maisarah yang terjaga daripada tidur itu menangis teresak-esak.
Mulutnya tidak berhenti menyebut papa,papa.
“Maisarah nak
papa, Maisarah nak papa” teriak Maisarah.
Mak Puteh memeluk
erat Maisarah dan cuba memujukny auntuk bertenang.
“Makcik Maisarah
mahukan papa” rayu Maisarah.
“Sabar nak, bawa
bertenang”
Maisarah kembali tenang, dan Mak
Puteh membaringkan Maisarah semula. Mungkin terlalu penat hingga terbawa-bawa
dalam tidur. Maisarah akhirnya terlelap. Keadaan menjadi tenang semula. Mak
Puteh menyelimuti Maisarah dan membiarkan dia berehat bersendirian.
“Ingatannya sudah
beransur pulih”jelas Pak Kharma.
“Betul ke?” soal
Mak Puteh untuk mencari kepastian dengan kata-kata suaminya tadi.
“Awak tak perasan
ke tadi, dia ada menyebut namanya dan memanggil-manggil ayahnya” terang Pak
Kharma.
“Alhamdulillah
baguslah kalau begitu, sudah lama dia menanggung derita” jawab Mak Puteh.
Malam berlalu dengan cepat sekali.
Ayam jantan sudah mula menjalankan tugas. Matahari sudah tidak sabar memberi
jasa kepada penduduk bumi. Dengan megahnya dia memancarkan cahaya yang
menyinari alam semesta ini.
Cahaya dan kehangatan haba ini
sangat diperlukan Mak Puteh untuk mengeringkan daun mengkuang yang dijemurnya.
Malah cahaya matahari yang panas akan menjadikan pita-pita daun mengkuang itu
lebih putih. Mak Puteh menjalankan rutinnya sebagai suri rumah sebelum turun
menyambung kerja memproses daun mengkuang yang masih belum siap. Pakaian
semalam sudah Mak Puteh cuci, Mak Puteh menjemur pakaian diampaian yang Pak
Kharma buatkan menggunakan wayar yang tidak digunakan lagi. Wayar itu
direntangkan diantara pokok binjal dan pokok rambutan yang terletak disebelah
penjuru dangau.
Setelah selesai menjemur pakaian, Mak Puteh
mendapatkan pita-pita mengkuang yang telah siap dijangka semalam disusun dan
diikat sebelum pita-pita itu direndamkan di dalam tempayan besar. Pita itu
ditongkolkan supaya tenggelam sepenuhnya. Ada juga setengah orang yang tinggal
berhampiran sungai, mereka lebih selesa merendam pita daun mengkuang itu ke
dalam sungai. Mereka akan meletakkan benda berat termasuk batu bagi memastikan
pita-pita daun supaya tenggelam. Ini kerana pita-pita daun mengkuang itu ringan
dan akan terapung jika tidak diletakkan pemberat.
Mak Puteh merendam pita-pita
mengkuang di dalam tempayan yang mengandungi air biasa selama dua hari dua
malam. Air mesti ditukar sebanyak dua kali sehari. Ia direndam untuk
melunturkan warna asalnya.
Selesai merendam
pita-pita mengkuang tersebut, Mak Puteh melabuhkan punggungnya di pangking.
Menghilangkan penat sekejap.
“Makcik...” tegur
Maisarah.
“Ya
Allah...terkejut makcik, tak perasan pulak kamu datang”
“Ada apa nak?”
soal Mak Puteh.
“Makcik saya dah
ingat semula siapa saya” ringkas Maisarah.
“Betul?” terkejut
Mak Puteh.
“Betul makcik,
nama saya Maisarah. Saya masih mempunyai seorang papa. Saya tinggal jauh dari
tempat ini. Saya datang ke sini bersama kawan-kawan untuk mendaki ke puncak
gunung sana. Tetapi seorang terpisah daripada kawan-kawan lain. Saya
tergelincir dalam kegelapan dan saya dah tak ingat apa yang berlaku selepas
saya jatuh’’ terang Maisarah.
“Bersyukurlah
nak, kamu sudah pulih. Makcik tumpang gembira”
“Papa saya tentu
risau tentang saya makcik. Saya rindukan papa” rintih Maisarah.
Air mata Maisarah membasahi pipinya
yang gebu itu. Terasa sebak atas nasib yang telah menimpanya. Mak Puteh turut
terharu.
Mak Puteh juga dapat merasakan
perasaan anak gadis itu bergenang juga dibuatnya. Maisarah menceritakan tentang keluarganya
kepada Mak Puteh.
“Papa yang
menjaga saya sekarang adalah dari keluarga angkat”
“Dimana emak dan
ayah kandung Maisarah” soal Mak Puteh.
“Papa beritahu
saya mereka telah tiada kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika saya
masih kecil”
“Mama sudah tiada
kerana mengidap kanser usus, sekarang saya tinggal dengan papa dan sepasang
suami isteri yang menguruskan rumah papa sebagai orang gaji”
Mak Puteh turut bersimpati dengan
nasib Maisarah. Mujurlah ada insan yang prihatin untuk menjadikan Maisarah
sebagai anak angkat. Banyak perkara yang dikongsikan Maisarah dengan Mak Puteh.
Maisarah merasakan begitu tenang dan
selesa apabila berkongsi cerita dengan Mak Puteh. Sikap Mak Puteh yang begitu
prihatin dan penyayang membuatkan Maisarah sangat merindui kasih sayang seorang
ibu yang telah meragut dalam diari hidupnya. Timbul juga perasaan hairan
difikiran Mak Puteh.
Anak gadis bandar yang dari kecil
dibesarkan dibandar begitu berminat untuk belajar seni warisan keturunannya.
Malah anak gadis bandar ini begitu mudah dan senang diajar. Seolah-olah darah
seni ada padanya. Mungkin semua ini kebetulan. Bisik Mak Puteh sendirian. Mak
Puteh dapat rasakan masa untuk dia bersama Maisarah akan berakhir. Ingatan
Maisarah dan kesihatannya telah kembali pulih.
Walaupun hati dan perasaannya gembira dan
bersyukur kerana anak gadis itu telah pulih, tetapi hati kecilnya begitu sedih
sekali. Tidak ada penemannya dirumah tatkala Pak Kharma keluar menjual tikar di
pekan. Tiada teman untuk berborak-borak sambil menganyam tikar. Suasana rumah
akan kembali sunyi. Itulah yang terbayang-bayang di kotak fikiran Mak Puteh.
Mak Puteh mengkhabarkan berita itu kepada Pak Kharma. Mereka bersyukur anak
gadis itu telah sembuh. Pak Kharma dapat membaca dari raut wajah isterinya yang
sedih. Cuma Mak Puteh yang cuba untuk menyembunyikan kesedihan itu.
“Awak janganlah
bersedih, lagipun budak itu perlu pulang ke tempat asalnya”
“Saya dah anggap
macam anak saya sendiri”
“Saya pun dah
anggap dia mcam anak saya sendiri, tapi dia ada orang tuanya”
“Saya faham”
ringkas Mak Puteh.
Maisarah yang terdengar perbualan
mereka tadi menitiskan air mata. Perasaan terharu dan sebak menyelubungi
dirinya. Dia bersyukur pada yang Maha Kuasa telah menemukan sepasang suami
isteri yang berhati mulia. Sanggup menjaganya dan menganggap dirinya seperti
anak kandung mereka. Maisarah tidak menafikan dalam dirinya juga telah wujud
perasaan sayang kepada mereka berdua. Tetapi Maisarah tidak boleh terus menetap
disini.
Mesti papa dan rakan-rakan yang lain
sedang berusaha mencarinya. Jarak rumah Pak Kharma yang jauh dari perkampungan
dan pekan mungkin menyukarkan mereka mencarinya disini. Maisarah dapat
bayangkan keadaan papa yang kesedihan menantinya pulang. Lidahnya terasa kelu untuk
memberitahu pasangan ini bahawa dia perlu pulang ke tempat asalnya. Lama juga
Maisarah mengambil masa untuk memberitahu pasangan itu. Hatinya gementar.
Tapi dia memaksa jua lidahnya untuk
mengatur ayat. Bertahan untuk tidak menangis. Perasaan serba salah dipenjarakan
seketika. Maisarah mengatur langkah menuju ke ruang hadapan rumah untuk
berdepan dengan pasangan yang sedang berbual itu. Maisarah duduk bersimpuh
disebelah Mak Puteh.
“Makcik....Pakcik,
Maisarah ada sesuatu yang hendak diberitahu”
“Cakaplah nak”
jawab Pak Kharma.
Tangan Mak Puteh
dicapai Maisarah dan digenggam erat. Terasa kehangatan tangan Mak Puteh ini
kerana tangannya sejuk untuk menutur kata.
“Besok Maisarah
mahu pulang”
“Besok?” soal Mak
Puteh dalam nada yang agak terkejut.
“Ya makcik”
“Baguslah kalau
kamu sudah membuat keputusan, pakcik tidak ada niat untuk menghalau kamu, tapi
ini untuk kebaikan kamu dan kelurga kamu. Ayah kamu pasti risaukan kamu.”
terang Pak Kharma kepada Maisarah.
Mak Puteh tidak
berkata apa-apa. Dia sudah menjangka apa yang bakal dikatakan oleh Maisarah.
Tangan Maisarah dilepaskan. Lalu dipeluk erat tubuh Maisarah. Mereka berpelukan
denagn erat. Bercucuranlah air mata mereka. Pak Kharma menyaksikan adegan
mereka berdua. Dihati kecilnya juga terasa sebak. Baginya tidak manis bila
lelaki menangis. Ditahannya juga air
mata itu. Bulan juga turut menjadi saksi bagi kejadian yang menyentuh perasaan
ini. Bunyi cengkerik sudah tidak rancak lagi pada malam ini seolah-olah turut
mengerti dan memahami perasaan sayu Mak Puteh. Mak Puteh bersyukur walaupun
masa bersama Maisarah baginya terlalu singkat. Terasa berat untuk membiarkan
Maisarah pulang ke tempat asalnya. Mak Puteh tidak akan menjadi penghalang.
Maisarah juga ada tanggungjawab kepada papanya. Perpisahan akan terjadi jua
apabila berlakunya sebuah pertemuan. Sebagai manusia kita terpaksa akur dengan
lumrah kehidupan ini. Bagi Mak Puteh berat dia untuk berpisah buat kali kedua.
Pertama dulu dia terpaksa berpisah dengan anak kandungnya kerana ajal telah
menjemput anaknya lebih awal darinya. Kali ini adalah kali kedua dia akan
berpisah dengan anak gadis manis yang dijaga dan dilindung seperti anak
kandungnya. Adakah anak ini dapat dia bertemu lagi akan datang. Adakah anak
gadis ini akan menjejak kakinya semula di rumah usang ini. Malam yang suram ini
membuatkan Mak Puteh tidak dapat melelapkan matanya. Adakah esok hari dia kuat
untuk menerima hakikat Maisarah akan pulang ke ibu kota yang jauh dari
tempatnya. Mak Puteh mengerti kehidupan Maisarah jauh berbeza dengan kehidupannya
disini. Kehidupannya yang dikelilingi dengan kemewahan. Tak disini dengan
dikelilingi panas terik dan dihujani nyamuk pada waktu malam. Makanan yang ala
kadar. Tetapi Mak Puteh hairan anak gadis bandar ini nampak selesa tinggal
disini. Mak Puteh tidak nampak Maisarah kekok dan rimas tinggal disini. Jarang
untuk melihat anak bandar yang begini. Inilah yang dikatakan pepatah lama masuk
kandang kerbau mengebau masuk kandang harimau mengaum. Pandai papanya mendidik
anak ini, berbudi bahasa dengan orang tua, tutur katanya yang berbahasa. Mak
Puteh terus melayan bisikan hatinya. Tujuannya untuk mengubat kesedihan hati.
Lamunan Mak Puteh terhenti apabila dia disapa oleh suaminya.
“Awak ni asyik
mengelamun sahaja”
“Saya sedih”
“Jangan la
ikutkan sangat perasaan tu, budak tu ada tanggungjawab juga” pujuk Pak Kharma.
“Ha.. tikar yang
Pak Imam pesan dua minggu lepas dah awak siap anyamkan?” soal Pak Kharma.
“Saya dah siap
anyamkan, ada dilaman tamu dihadapan”jelas Mak Puteh.
“Elok lah, esok
boleh saya hantarkan terus ke rumahnya, masuklah berehat. Lagipun dah lewat
malam ni” cadang Pak Kharma.
Pak Kharma lalu pergi ke laman tamu.
Tikar putih yang bersaiz agak besar dari tikar lain itu dicapainya. Lalu
digulung dengan teliti. Tikar yang telah siap digulung itu diikat Pak Kharma
menggunakan tali rapia yang tersangkut ditiang kayu diruang itu. Tikar yang
siap diikat itu diletakkan berdekatan pintu keluar. Diletakkan berhampiran
pintu supaya tidak terlupa mengambilnya.
Esok Pak Kharma akan menghantar
Maisarah ke pekan untuk mendapatkan kenderaan untuk dia dapat pulang ke tempat
asalnya. Nak dihantarkan terus tidak mampu. Selepas membantu Maisarah
mendapatkan kenderaan, hajatnya untuk menghantar tikar mengkuang putih ke rumah
Pak Imam perlu ditunaikan.

No comments:
Post a Comment